Tuesday, August 21, 2012

Solat Taubat.

Assalamualaikum wbt.

3 Syawal 1433 H. 

Masih belum terlewat untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR & BATIN kepada family, para sahabat serta kenalan-kenalan diri ini.

Ada kalanya, kita mahu melakukan sesuatu kebajikan tapi kita tidak tahu bagaimana kaedahnya. Sekadar tau-tau tidak boleh menjadikan seseorang itu benar-benar TAHU bagaimana untuk melakukan sesuatu. Analoginya, kita mahu membersihkan muka tapi bagaimana? 

yup! tidak lain dan tidak bukan, kita memerlukan ilmu serta pengetahuan untuk melakukan sesuatu terutamanya dalam aspek ibadah iaitu solat.

Baiklah. walaupun hasil copycat dari laman http://ohislam.com/cara-menyempurnakan-solat-sunat-taubat/ tapi insyAllah..semoga bermanfaat untuk kita!



Dengan Nama Allah yang Maha Besar.
Cara melaksanakan solat taubat : (Biblio : http://ohislam.com/cara-menyempurnakan-solat-sunat-taubat/
Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci, menghadap kiblat;
  • Waktu di lakukan – bila-bila masa merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrim utk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail
  • Lafaz niat: “Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.” (Cukup di dalam hati, ada perbahasan ulama’ tentang lafaz niat dlm ibadah – sila rujuk kpd pakar feqah)
  • Rakaat pertama membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
  • Rakaat kedua membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
  • Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala),
  • Ertinya: “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”
  • Selepas salam, perbanyakkan istighfar seperti,
 Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah.
  • dan berdoa dengan Penghulu Istighfar,
 “Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”
p/s: wahai hamba-hamba Allah..amalan-amalan inilah yang akan menjadi bekalan ke alam barzakh sehingga ke alam akhirat. terpulang kepada setiap individu sama ada menjadikan kuburnya salah satu daripada taman-taman syurga ataupun salah satu daripada lubang-lubang neraka. Kita harus terus belajar kerana ilmu tanpa amal ibarat pohon tidak berbuah tetapi amal tanpa ilmu juga bahaya kerana cenderung untuk salah itu tinggi. So, seiring dan sejalan antara ILMU dan AMAL. 
You choose! Wallahualam.