Sunday, May 20, 2012

Jangan Marah !


"Selagi upaya, kuturuti ajarannya..
Apa terdaya, ku amalkan sunnahnya......"

Hampir setiap hari nasyid tersebut didendangkan melalui telefon..
dan pada setiap hari itu jugalah keazaman membara-bara untuk melakukan semua sunnah Nabi..
 Solat Dhuha, Solat sunat Rawatib, Puasa Isnin & Khamis..sehinggalah...
sanggup membeli buku 'Manisnya Qiamullail'
SEMANGAT TU BEB!!!

Tapi kita selalu lupa menghayati lirik seterusnya...


"Kerana peribadinya..aku terpesona...
Kerna budinya..aku jatuh cinta...."

Fikir punya fikir...
Barulah diri ini tersedar...
Terlalu ingin mencontohi amalan Rasulullah s.a.w
Tetapi lupa, selupa-lupanya untuk 
MENCONTOHI PERIBADI DAN AKHLAK BAGINDA...

Sedangkan ALLAH memuji nabi dengan menjelaskan.
"Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti agung" 
(Surah al-Qalam, ayat 4)

dan...Salah satu nasihat baginda yang selalu dilupai ialah..
JANGAN MARAH!!

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w. “Berwasiatlah kepadaku, “Lalu Nabi s.a.w menjawab: “Jangan marah!.” Orang itu mengulangi permintaan beberapa kali, Nabi s.a.w menjawab: Jangan marah!.”
Riwayat al-Bukhari

Jelas dan mudah difahami..
JANGAN MARAH!

"Hakikat marah menurut Islam ialah marah yang terpuji dan marah yang tercela. 

Kemarahan yang ditujukan untuk mempertahankan diri, agama, kehormatan, hak atau untuk menolong orang yang dizalimi adalah marah yang dituntut. 

Sebaliknya yang selain daripada itu adalah marah yang datang daripada sifat-sifat syaitan yang dikeji oleh Islam. Oleh itu umat Islam hendaklah menjauhinya."

Oleh itu,
Jom praktikkan JANGAN MARAH!!!


Saturday, May 5, 2012

Makhluk Kecil sebagai RAJA.


Assalamualaikum w.b.t,


Rasulullah s.a.w bersabda "Sesungguhnya dalam jasad terdapat segumpal daging. Jika ia baik dan sihat, maka baiklah keseluruhan jasad, Jika ia rosak maka rosaklah keseluruhan jasad. Sesungguhnya itulah HATI."

Pernahkah kita merasakan hati kita?

PERNAH? alhamdulillah, bersyukurlah jika masih dapat merasakan hati sendiri kerana itu tandanya Allah masih menghidupkan makhluk kecil itu. Jika kita merenung jauh ke dalam hati, dapatkah kita merasakan betapa kerdilnya kita sebagai hamba Allah di muka bumi ini.  Ya Allah. kita seringkali mendengar banyak orang yang sembahyang namun masih tidak mampu merasakan hatinya iaitu tidak mampu untuk khusyuk di dalam solat.

Dalam surah Al-mukminun menyatakan

 قَدۡ أَفۡلَحَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ (١ٱلَّذِينَ هُمۡ فِى صَلَاتِہِمۡ خَـٰشِعُونَ (٢

Maksudnya “ Sesungguhnya beruntunglah orang yang beriman. (yaitu) orang-orang yang khusyu’ di dalam solatnya.”

MasyaAllah. Allah telah menjanjikan keberuntungan orang yang khusyu’ di dalam solat. Persoalannya, adakah kita khusyu’ dan benar-benar tunduk di dalam solat kita?

Renung-renungkan semua.
Hati ibarat RAJA yang memerintah dalam jasad kita. Maka, perbaikilah hati kita seiring dengan memperbaiki kualiti solat kita agar lebih khusyu’ dan tunduk kepada Pemilik Hati kita.

"Bila hati gelisah, sedih dan sudah hilang pertimbangan, tandanya Allah menunggu rintihan darinya."

Sekian.

Monday, April 23, 2012

Habibati Sadiqah :)

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


Dari Amirul Mukminin, Abu Hafsh, Umar Bin Khathab ra. berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya diterimanya amal perbuatan itu tergantung pada niatnya, dan sesungguhnya setiap orang akan mendapatkan apa yang ia niatkan. Barangsiapa berhijrah kerana Allah dan RasulNya, maka hijrahnya (akan diterima) sebagai hijrah kerana Allah dan Rasulnya, dan barangsiapa berhijrah kerana dunia yang akan ia peroleh atau wanita yang hendak dinikahinya, maka dia akan mendapati apa yang ia tuju." 

(Riwayat dua imam hadits, Abu Abdullah Muhammad bin Isma’il bin Ibrahim bin Al Mughirah bin Bardizbah Al Bukhori dan Abu Al Husain, Muslim bin Al Hajjaj bin Muslim Al Qusyairi An Naishaburi dan kedua kitab Shahihnya yang merupakan kitab yang paling shahih yang pernah dikarang)

Assalamualaikum sahabat yang dikasihi Allah sekalian.

Alhamdulillah. segala puji dan puja hanya layak untuk Nya Tuhan pencipta alam.

InsyaAllah, niat asal untuk menulis di dalam blog ini adalah untuk menyampaikan sedikit perkongsian, ilmu, pengalaman dan sebagainya sebagai bekalan kepada kita semua.

"sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat". (HR Bukhari)

Tiada niat untuk menunjuk-nunjuk (ujub) jauh sekali menyatakan akulah manusia paling bijak atas muka bumi ini (nauzubillah). Tetapi insyaAllah, ilmu yang bermanfaat ialah ilmu yang dipelajari lalu diamalkan di dalam konteks kehidupan sebagai hamba Allah di atas muka bumi ini.

Betulkan niat diri serta anda yang sedang membaca.

InsyaAllah. 


untuk pengetahuan semua, blog ini mempunyai dua orang admin iaitu saya sendiri serta sahabat yang dikasihi.


Habibati = kesayanganku
Sadiqah = sahabat/teman 




HABIBATI SADIQAH :)


Sekian.